Tuesday, March 31, 2009

Luahan Hati : Sahabat Oh! Sahabat...

entry yang ni boleh dikatakan sambungan dari cerita 'coretan buat teman' aku sebelum ni. di sini aku nak cerita pula tentang apa yang aku lalui sendiri. antara sahabat, sayang dan cinta. 3 perkara penting yang seseorang itu perlu tahu membezakan erti ketiga-tiga perkataan ni sebelum mereka memulakan sebuah hubungan...

Bagi aku tempoh perkenalan bukanlah sesuatu yang boleh menjamin seseorang untuk betul-betul mengenali, memahami, dan serasi dengan diri kita dan menjadi sahabat sejati dalam kehidupan kita. Mungkin bagi sesetengah orang merasakan semakin lama kita berkawan dengan seseorang itu kita akan lebih memahami dan mengenali dirinya dan begitu sebaliknya. Saling ada antara satu sama lain...

Tetapi hal yang sebaliknya berlaku pada diri aku.. Aku sentiasa cuba untuk menjadi seorang kawan yang baik, terutama dengan orang yang serasi dengan diri aku, lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan yang telah atau agak lama dikenali. Sedikit sebanyak aku telah mengenali mereka dan wujud keserasian. Aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati mereka, hendak bercakap apa-apa pun aku akan berfikir 2-3 kali supaya tidak mengguris hati dan perasaan mereka. InsyaAllah, sentiasa ada untuk mereka ketika diperlukan.

Apa yang membuatkan aku sedih ialah menyedari akan hakikat yang amat menyakitkan bahawa aku masih bersendirian. Kawan-kawan yang aku sangkakan boleh menjadi 'sahabat' aku selalu menyebabkan perasaan aku terguris. Mereka ingin diri mereka di ambil berat dan difahami, permintaan mereka dipenuhi, tetapi kebanyakan dari mereka hanyalah seorang yang hanya mementingkan diri. apabila aku mengharapkan perkara yang serupa, aku rasa diabaikan dan seolah-olah selama ini hanya aku sahaja yang menjaga hati mereka, tetapi mereka sebaliknya! seperti aku tidak punyai perasaan!

apa yang aku lalui pada masa aku di sekolah tingkatan 4-5 cukup mematangkan diri aku untuk bersahabat selepas ini. selama ini aku cuma menjaga hati dan perasaan orang lain, tetapi orang lain sedikit pun tidak pernah memahami! dan mungkin menganggap bahawa aku memberi bebanan buat mereka. aku tidak pernah berkira wang ringgit dan tenaga dengan sahabat baik aku sendiri, tapi apa yang aku harapkan hanyalah penghargaan dari mereka yang menerima aku seadanya. sentiasa ingat aku seperti mana aku mengingati mereka. tetapi sebaliknya yang aku terima.dulu aku ada seorang kawan yang aku anggap memang sahabat baik aku disekolah. tetapi, selepas tamat persekolahan, kita tidak pernah berhubung sama sekali. bila aku telefon ingin bertanya khabar, jarang sekali telefon diangkat, mesej tidak pernah berbalas. alasan yang diberikan, handphone silent-lah, kredit tidak ada-lah.... macam-macam seribu satu alasan diberi. inilah sikap orang melayu kita. sanggup berhabis untuk pakwe dan makwe, tapi bila kawan sendiri mesej tanya kabar pun tak boleh nak berkorban sedikit kredit tu. macam lah aku ni 'along' telefon nak minta hutang. padahal aku ni satu sen pun tidak pernah meminta pada orang. pada aku orang yang macam ini tak perlu dibuat kawan pun tidak apa. inilah dia kawan makan kawan! kawan yang tak berguna! bila syawal tiba, haram nak kunjung ke rumah, ajak beraya rumah dia jauhlah lagi!!!

tetapi alhamdudlilah sekarang ini tuhun mengurniakan aku sahabat-sahabat yang memahami aku dan menerima aku seadanya. menerima segala kekurang dan kelemahan diri masing-masing. aku tidak meminta lebih, cukuplah sekadar bertanya khabar. itu pun cukup membuat aku terharu kerana diri ini diingati.Apa pun kenangan manis bersama mereka tidak akan aku lupakan, bergelak ketawa, bergembira dan sebagainya bersama. Ya.. kawan ketika gembira dan suka, memang senang dicari.. tetapi ketika sedih dan sebaliknya? hanya satu dalam beribu..



sahabat sejati sentiasa disisi...,
kerna dirimu begitu berharga!

p/s : banyak lagi cerita tentang sahabat yang mungkin aku akan cerita dalam blog akan datang...













No comments:

Post a Comment