sungguh aku rasa macam tak percaya! aku dianyia oleh manusia yang sungguh durjana dan tidak berhati perut langsung!
semalam adalah hari yang paling malang dalam hidup aku. aku tak sangka, bagaikan satu mimpi ngeri buat aku bila bilik aku di hostel di pecah masuk, laptop kesayangan aku pula hilang lesap macam tu ja!! semua ni macam mimpi tapi ini satu kenyataan yang harus aku terima. laptop yang mama aku belikan model acer 4935G-842G32 hilang lesap.
aku sedar bilik aku dimasuki orang bila aku pulang ke hostel selepas menghadiri seminar di kolej. aku terkejut apabila pulang melihat keadaan bilik aku bersepah dan tunggang-langgang sementara loker aku dan roomet aku yang seorang lagi dipecah orang. aku terus call roomet aku dan mama serta ayah aku sejurus lepas menyadari laptop aku hilang. roomet aku yang lain semua pulang ke rumah masing-masing memandangkan cuti study week. yang tinggal cumalah aku dan loqman dalam bilik tu.
sejurus lepas aku melaporkan kejadian tersebut kepada wardan bertugas, mereka menasihati aku supaya membuat repot polis. alhamdulilllah segalanya berjalan lancar. polis mengambil keterangan dan mereka datang kebilik aku untuk mengambil gambar serta mengesan cap jari.
aku tak tahu lah apa dosa aku buat sehingga tuhan uji aku sebegini. apapun, aku tetap percaya pada qada' dan qadar, setiap kejadian dan ujian allah swt itu pasti ada hikmahnya. kita manusia haruslah sentiasa percaya dan terima ketuntuanNYA. mungkin aku ada buat dosa yang mungkin aku sendiri pun tidak perasan. mungkin juga itu balasan tuhan terhadap aku.. entahlah...
pada mama dan ayah, aku minta maaf sangat-sangat atas kehilangan laptop tersebut. memang aku berat hati dengan kehilangan laptop tersebut. bukan aku tidak sayang atau tidak jaga barang, tapi semua ini adalah ketentuan allah swt. mujurlah aku mempunyai ayah dan mama yang amat memahami. sememangnya aku sangat sedih, kesal dan marah dengan kehilangan laptop pemberian mereka, tapi mereka tidak memarahi aku malah mereka menasihati aku supaya terima ketentuaan tuhan dengan hati yang terbuka. mungkin ada hikmah disebaliknya. ayah mengajar aku supaya jangan berdendam. kata ayah, benda dah nak jadi, reda' je la... ayat bunyi macam orang langsung tak ada perasaan!
kepada pencuri, YOU WATCH OUT! kau mungkin terlepas denagn hukuman dunia. tapi di akhirat nanti aku akan tuntut apa yang kau ambil. kau kena ingat dengan hukum karma, what's goes around, comes around. hari ini kau ambil barang aku, aku doa supaya esok lusa anak bini kau pula yang dibunuh orang serta hidup kau akan dilaknat dan susah seumur hidup. itu doa aku! aku tak terdaya untuk membalas perbuatan kau tapi tuhan maha adil. aku tak akan halalkan perbuatan kau sesekali pun.
aku terima semua ini sebagai ketentuan Allah swt dengan hati yang penuh terbuka. mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya. insya'allah...
p/s : di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf buat roomet aku, loqman yang bersusah payah temankan aku buat repot di pejabat wardan. buat sahabat aku, tengku farhan dan abang wardan, sorry sebab korang terpaksa susah payah hantar dan temankan aku ke balai polis kajang untuk buat laporan. apapun, jasa korang akan ku kenang. allah sahaja yang dapat membalasnya. Amin!
Wednesday, April 15, 2009
Monday, April 13, 2009
al-fatihah...
al-fatihah buat bekas guru ku di SMK dato' zulkifli muhammad, slim river, perak, yag telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.20 pagi tadi. (13/4/2009).
jujur sekali aku katakan, aku amat terkejut sekali mendengar pemergian arwah. arwah yang berusia dalam lingkungan 40-an pada aku seolah-olah pergi terlalu awal akibat mengidapi pendarahan otak (berdasarkan yang aku dari cerita orang dengar la). sungguh aku todak sangka arwah pergi meninggalkan SMKDZM terlalu awal.
aku menyifatkat arwah sebagai seorang guru yang berdisplin dan tegas (yelah, dah nama pun cikgu displin), seorang yang aktif kerana beliau pernah mengajar kelas kami pendidikkkan jasmani. tak banyak yang aku tahu tentang arwah kerana aku taklah berapa rapat sangat dengan arwah. cuma kerana arwah guru PJK aku, jadi aku tahu jugalah serba sedikit.
agak terkilan aku mendengar berita ini. apapun, aku ucapkan takziah buat keluarga allahyarham Cikgu Jefrey. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..amin....
jujur sekali aku katakan, aku amat terkejut sekali mendengar pemergian arwah. arwah yang berusia dalam lingkungan 40-an pada aku seolah-olah pergi terlalu awal akibat mengidapi pendarahan otak (berdasarkan yang aku dari cerita orang dengar la). sungguh aku todak sangka arwah pergi meninggalkan SMKDZM terlalu awal.
aku menyifatkat arwah sebagai seorang guru yang berdisplin dan tegas (yelah, dah nama pun cikgu displin), seorang yang aktif kerana beliau pernah mengajar kelas kami pendidikkkan jasmani. tak banyak yang aku tahu tentang arwah kerana aku taklah berapa rapat sangat dengan arwah. cuma kerana arwah guru PJK aku, jadi aku tahu jugalah serba sedikit.
agak terkilan aku mendengar berita ini. apapun, aku ucapkan takziah buat keluarga allahyarham Cikgu Jefrey. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..amin....
Monday, April 6, 2009
miggu terakhir@kolej...
minggu ni merupakan minggu terakhir aku di kolej poly-tech mara bangi sebelum aku menghadapi exam yang bermula pada 28/4/2009. minggu-minggu akhir ni biasa kelas dah banyak habis dan lecture pun dah tak masuk kelas. tak sabar rasanya aku nak final exam cepat-cepat and then lepas tu aku boleh cuti semesta puas-puas. dengan itu maka bererti aku bakal menamatkan semesta 2 di kolej poly-tect mara.. hurm, minggu-minggu terakhir ni amat membosankan sampai aku sendiri pun kadang-kadang rasa macam malas je nak pergi kuliah.. tapi mengenangkan carry mark yang lecture tu bagi, aku gagahkan juga diri ini dari hasutan syaitan yang menggoda aku dari tak hadir kuliah.. hehe.. roommet aku yang lain semua dah habis kelas. aku ni sahaja yang masih ada lagi kuiz subjek economic minggu depan.. hai, sabar la fahimy oii... nak berjaya kan??? dugaan...haha...
kolej poly-tech mara bangi...
pandangan hadapan kolej poly-tech mara bangi...
KPTM Bangi
Kolejku, MARUAHKU!
p/s : pengarah mesti bangga aku promote kolej sendiri.. ops!! haha...
Thursday, April 2, 2009
member@putrajaya...
semalam aku dengan member-member aku pergi putrajaya. apa yang aku nak katakan, bukanlah aku ni seorang yang jakun/perak (bahasa orang johor- yang bererti : orang yang macam tak pernah buat sesuatu benda tu sampai tahap excited macam nak gila). tapi inilah member-member yang aku katakan 'the truth friends'.. member yang tak kesah nak belanja wang mereka semata-mata untuk ber-have fun dengan kawan-kawan sekali-sekali. bukan macam sesetengah tu yang tahu nak keluar duit depan awek-awek je. bajet kononnya nak menunjuk depan perempuan yang mereka ni berduit sangat la. padahal duit pun parents yang support... kalau boleh semua yang awek tu minta nak dibelikannya. tapi depan member, sengkek bukan main... semua nak minta di-support..huh!


pada aku, sesekali kita habis RM200-300 untuk ber-have fun dengan member tak ada salahnya.. maksud aku, bukanlah selalu. tapi kalau dah tahap tiap-tiap minggu spend sampai rm200-300 tu membazir namanya.. takde lah sampai bila member ajak keluar, alasan - tak ada duitlah.. ajak makan yang mahal-mahal sikit, tak ada duitlah, tak mampu lah... tapi bila awek ajak, tak pernah pula dengar perkataan 'tak ada duit,tak mampu'.. yang dengar cuma joooooommm jeeee... hampeh!
erm, pelik aku dengan sikap sesetengah orang ni.. nape ek?? fikirlah sendiri ekkk... itu je lah yang aku nak sampaikan....

empat jejaka di hadapan alamanda, putrajaya.
dari kiri - mubin, fahimy, farhan, syakir...

having stembot dinner with my friends...
bowling!!! i LOVE bowling!!! bowling sgt BEST!!!

me and tengku farhan, my classmate_friend...
I will age and so will you,
friendship still stays strong and truth...
p/s : sesekali berkorban duit sikit untuk bersama member takde salahnya. demam bila balik dari putrajaya sebab kena hujan. suara pun dah takde sebab karoke sampai tak ingat dunia. :'(
Subscribe to:
Comments (Atom)
