Tuesday, March 31, 2009

Luahan Hati : Sahabat Oh! Sahabat...

entry yang ni boleh dikatakan sambungan dari cerita 'coretan buat teman' aku sebelum ni. di sini aku nak cerita pula tentang apa yang aku lalui sendiri. antara sahabat, sayang dan cinta. 3 perkara penting yang seseorang itu perlu tahu membezakan erti ketiga-tiga perkataan ni sebelum mereka memulakan sebuah hubungan...

Bagi aku tempoh perkenalan bukanlah sesuatu yang boleh menjamin seseorang untuk betul-betul mengenali, memahami, dan serasi dengan diri kita dan menjadi sahabat sejati dalam kehidupan kita. Mungkin bagi sesetengah orang merasakan semakin lama kita berkawan dengan seseorang itu kita akan lebih memahami dan mengenali dirinya dan begitu sebaliknya. Saling ada antara satu sama lain...

Tetapi hal yang sebaliknya berlaku pada diri aku.. Aku sentiasa cuba untuk menjadi seorang kawan yang baik, terutama dengan orang yang serasi dengan diri aku, lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan yang telah atau agak lama dikenali. Sedikit sebanyak aku telah mengenali mereka dan wujud keserasian. Aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati mereka, hendak bercakap apa-apa pun aku akan berfikir 2-3 kali supaya tidak mengguris hati dan perasaan mereka. InsyaAllah, sentiasa ada untuk mereka ketika diperlukan.

Apa yang membuatkan aku sedih ialah menyedari akan hakikat yang amat menyakitkan bahawa aku masih bersendirian. Kawan-kawan yang aku sangkakan boleh menjadi 'sahabat' aku selalu menyebabkan perasaan aku terguris. Mereka ingin diri mereka di ambil berat dan difahami, permintaan mereka dipenuhi, tetapi kebanyakan dari mereka hanyalah seorang yang hanya mementingkan diri. apabila aku mengharapkan perkara yang serupa, aku rasa diabaikan dan seolah-olah selama ini hanya aku sahaja yang menjaga hati mereka, tetapi mereka sebaliknya! seperti aku tidak punyai perasaan!

apa yang aku lalui pada masa aku di sekolah tingkatan 4-5 cukup mematangkan diri aku untuk bersahabat selepas ini. selama ini aku cuma menjaga hati dan perasaan orang lain, tetapi orang lain sedikit pun tidak pernah memahami! dan mungkin menganggap bahawa aku memberi bebanan buat mereka. aku tidak pernah berkira wang ringgit dan tenaga dengan sahabat baik aku sendiri, tapi apa yang aku harapkan hanyalah penghargaan dari mereka yang menerima aku seadanya. sentiasa ingat aku seperti mana aku mengingati mereka. tetapi sebaliknya yang aku terima.dulu aku ada seorang kawan yang aku anggap memang sahabat baik aku disekolah. tetapi, selepas tamat persekolahan, kita tidak pernah berhubung sama sekali. bila aku telefon ingin bertanya khabar, jarang sekali telefon diangkat, mesej tidak pernah berbalas. alasan yang diberikan, handphone silent-lah, kredit tidak ada-lah.... macam-macam seribu satu alasan diberi. inilah sikap orang melayu kita. sanggup berhabis untuk pakwe dan makwe, tapi bila kawan sendiri mesej tanya kabar pun tak boleh nak berkorban sedikit kredit tu. macam lah aku ni 'along' telefon nak minta hutang. padahal aku ni satu sen pun tidak pernah meminta pada orang. pada aku orang yang macam ini tak perlu dibuat kawan pun tidak apa. inilah dia kawan makan kawan! kawan yang tak berguna! bila syawal tiba, haram nak kunjung ke rumah, ajak beraya rumah dia jauhlah lagi!!!

tetapi alhamdudlilah sekarang ini tuhun mengurniakan aku sahabat-sahabat yang memahami aku dan menerima aku seadanya. menerima segala kekurang dan kelemahan diri masing-masing. aku tidak meminta lebih, cukuplah sekadar bertanya khabar. itu pun cukup membuat aku terharu kerana diri ini diingati.Apa pun kenangan manis bersama mereka tidak akan aku lupakan, bergelak ketawa, bergembira dan sebagainya bersama. Ya.. kawan ketika gembira dan suka, memang senang dicari.. tetapi ketika sedih dan sebaliknya? hanya satu dalam beribu..



sahabat sejati sentiasa disisi...,
kerna dirimu begitu berharga!

p/s : banyak lagi cerita tentang sahabat yang mungkin aku akan cerita dalam blog akan datang...













Sunday, March 29, 2009

coretan buat teman-teman...

pulang ke rumah memberi inspirasi aku untuk menulis sebuah luahan hati yang bertajuk 'coretan buat teman-teman'...
betapa untungnya diri kita apabila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan dan memahami antara satu sama lain... berdoalah moga-moga kita dikurniakan sahabat sedemikian..insya'allah... sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui...
untungnya mempunyai sahabat yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya, sama ada pada waktu susah atau senang, suka mahupun duka. sahabat yang sentiasa mendengar luahan kita, segala rasa kecewa, harapan mahupun impian.
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita sehingga kita terlupa sahabat kita juga mempunyai cerita dan luahan yang ingin dikongsi bersama. pernahkah kita memberi sahabat kita peluang untuk menceritkan masalah yang dihadapinya??? dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dijadikan tempat bersandar bila lemah, agar tidak rebah??? sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...

ambil masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat... kerana dia juga manusia biasa. sesungguhnya manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan... dia juga mempunyai kelemahan diri sepertimana juga kita. jadilah kita setia kepada sahabat yang setia dengan kita..

Hargailah sebuah persahabatan kerana disebaliknya tersimpan segala-galanya...


satu-satunya cara untuk kita memperolehi kasih sayang ialah, jangan menutut agar kita disayangi, tetapi memberi kasih sayang kepada sahabat kita tanpa mengharapakan balasan... cubalah untuk memahami isi hati orang lain...







ketenangan jiwa...

disaat blog ini ditulis, aku telah pun selamat berada dikampung halaman aku iaitu di kluang, johor. sebenarnya kepulangan aku kali ini aku sendiri pun tidak rancang dari awal. cuma aku ambil keputusan untuk pulang kampung selepas aku selesai jawab soalan test account aku pagi tadi (sabtu) yang agak memeningkan kepala. haha.. tapi alhamdudlillah aku dapat jawab semua soalan tersebut dengan mudah. tak sia-sia jugalah aku bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi semata-mata hendak menelaah buku.



sebenarnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bertemu keluarga kerana aku telah 2 minggu tidak pulang bertemu mereka. kesuntukkan masa dan kesibukkan dengan pelbagai tugasan kolej yang perlu aku siapkan membataskan masa aku untuk pulang. tapi hari ini, aku ambil keputusan untuk pulang walaupun aku cuma bercuti selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad. memang agak memenatkan bagi aku memandangkan masa yang diambil untuk sampai ke kluang dari kuala lumpur memakan masa hampir 4 jam. namun, jika hendak dibandingkan dengan nilai kekeluargaan yang aku miliki, aku tidak kisah untuk membelanjakan wang ringgit serta masa aku untuk bertemu keluarga.



pulang ke rumah bertemua keluarga memberikan aku peluang untuk menenangkan fikiran aku yang penuh kusut dengan test-test dan asigment yang melambak-lambak minggu ni. setidak-tidaknya aku dapat berkongsi cerita dengan family aku. aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami. mama, insan yang sering menjadikan rujukan aku apabila aku menghadapi sesuatu masalah. seringkali aku menghadapi kemuskilan, mama lah insan yang menjadi rujukan aku. nasihat dan pandangan dari mama sering aku jadikan panduan sebelum aku bertindak membuat sesuatu keputusan.



alhamdulillah, pagi tadi aku dapat jawab semua soalan test cost accounting dengan mudah..tak sia-sia aku bersengkang mata hingga 3-4 pagi untuk menelaah buku yang aku tak akan buka jika tak ada test. hehe.. insya'allah mudah-mudahan aku dapat markah test yang memberangsangkan...aminn...

makan malam bersama keluarga di Prime City Hotel, Kluang.
dari kiri atas: ayah, mama, faeeqah(adik)
dari kiri bawah: fareeha(adik), alya(sepupu), farzana(adik).
p/s: jelesnya tengok member yang rumah diorang dekat dengan kolej, tiap-tiap minggu dapat balik..hehe...

Tuesday, March 24, 2009

hari ni hari jadi member aku...

hari ni (24/3/2009-selasa).. hari jadi member aku yang berusia genaplah 17 tahun...
dia still belaja lagi kat SMK teknik butterwort.. sekarang ni form 5...
erm..
baru je kejap tadi aku wish dia by sms... but then tak ada respon pun...aku faham..
dia duduk asrama kan...mana le boleh nak gna handfon...
tapi cukup la aku wish dia sebagai tanda yang aku ni tak lupa kat kawan...
hari sabtu minggu lepas...aku baru je lepak dengan dia kat midvelley... time tu dia cuti sekolah..
so.. dia saja lah datang lepak kat tempat aku...
and.. untuk besday dia...aku belikan dia bangel...
we spend our time at midvelley by play bowling and shopping a lot..
lama juga lah aku tak jumpa dia...yelah, dia pun sekolah jauh.. macam manalah nak jumpa selalu.. so, bila dapat jumpa tu.. kita orang merayaplah 1 KL ni sampai tak cukup tanah..
hehe...
asal la ko cuti kejap sgt???
bila lagi la kita boleh jumpa???
emm...
HAPPY BESDAY SWEET 17,
NIZAMUDDIN..

me and nizam...

a bangel i bought for him for his besday present...


having enjoyable time togther, bowling at midvelley..



teruja, gembira n tak tau pe nak cakap..

haha.. macam tak percaya je... aku ada blog sendiri.. actually, memang dah lma aku nak buat.. tapi tak tau apa saluran yang betul nak tulis blog. until one of my roomet ni tunjukkan macam mana nak buat blog.. keterujaan aku mula ke tahap melampau bila aku tengok roomet aku hari2 dok buka blog dia guna broadband aku.. hehe...macam best giler je aku tengok.. aku pun mula angan2 nk ada blog sendiri... hehe...
blog...
aku rasa blog ni tempat untuk aku meluahkan segala perasaan, isi hati, pendapat, problemsss, perkara yang best, dan juga perkara2 yang tak berapa nak best yang selalu datang dan pergi dalam hidup...
erm, mmg aku mnat mnulis dan membaca..
insyaallah aku akan selalu update blog aku ni...
dengan cerita2 dan perkara2
yang selalu come and go
around my life...
akhir kata,
salam pengenalan
&
salam ukkhuwah...
daripada aku...

fahimy irsyadudin...