pulang ke rumah memberi inspirasi aku untuk menulis sebuah luahan hati yang bertajuk 'coretan buat teman-teman'...
betapa untungnya diri kita apabila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan dan memahami antara satu sama lain... berdoalah moga-moga kita dikurniakan sahabat sedemikian..insya'allah... sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui...
untungnya mempunyai sahabat yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya, sama ada pada waktu susah atau senang, suka mahupun duka. sahabat yang sentiasa mendengar luahan kita, segala rasa kecewa, harapan mahupun impian.
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita sehingga kita terlupa sahabat kita juga mempunyai cerita dan luahan yang ingin dikongsi bersama. pernahkah kita memberi sahabat kita peluang untuk menceritkan masalah yang dihadapinya??? dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dijadikan tempat bersandar bila lemah, agar tidak rebah??? sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
ambil masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat... kerana dia juga manusia biasa. sesungguhnya manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan... dia juga mempunyai kelemahan diri sepertimana juga kita. jadilah kita setia kepada sahabat yang setia dengan kita..
Hargailah sebuah persahabatan kerana disebaliknya tersimpan segala-galanya...

satu-satunya cara untuk kita memperolehi kasih sayang ialah, jangan menutut agar kita disayangi, tetapi memberi kasih sayang kepada sahabat kita tanpa mengharapakan balasan... cubalah untuk memahami isi hati orang lain...

No comments:
Post a Comment