Sunday, March 29, 2009

ketenangan jiwa...

disaat blog ini ditulis, aku telah pun selamat berada dikampung halaman aku iaitu di kluang, johor. sebenarnya kepulangan aku kali ini aku sendiri pun tidak rancang dari awal. cuma aku ambil keputusan untuk pulang kampung selepas aku selesai jawab soalan test account aku pagi tadi (sabtu) yang agak memeningkan kepala. haha.. tapi alhamdudlillah aku dapat jawab semua soalan tersebut dengan mudah. tak sia-sia jugalah aku bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi semata-mata hendak menelaah buku.



sebenarnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bertemu keluarga kerana aku telah 2 minggu tidak pulang bertemu mereka. kesuntukkan masa dan kesibukkan dengan pelbagai tugasan kolej yang perlu aku siapkan membataskan masa aku untuk pulang. tapi hari ini, aku ambil keputusan untuk pulang walaupun aku cuma bercuti selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad. memang agak memenatkan bagi aku memandangkan masa yang diambil untuk sampai ke kluang dari kuala lumpur memakan masa hampir 4 jam. namun, jika hendak dibandingkan dengan nilai kekeluargaan yang aku miliki, aku tidak kisah untuk membelanjakan wang ringgit serta masa aku untuk bertemu keluarga.



pulang ke rumah bertemua keluarga memberikan aku peluang untuk menenangkan fikiran aku yang penuh kusut dengan test-test dan asigment yang melambak-lambak minggu ni. setidak-tidaknya aku dapat berkongsi cerita dengan family aku. aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami. mama, insan yang sering menjadikan rujukan aku apabila aku menghadapi sesuatu masalah. seringkali aku menghadapi kemuskilan, mama lah insan yang menjadi rujukan aku. nasihat dan pandangan dari mama sering aku jadikan panduan sebelum aku bertindak membuat sesuatu keputusan.



alhamdulillah, pagi tadi aku dapat jawab semua soalan test cost accounting dengan mudah..tak sia-sia aku bersengkang mata hingga 3-4 pagi untuk menelaah buku yang aku tak akan buka jika tak ada test. hehe.. insya'allah mudah-mudahan aku dapat markah test yang memberangsangkan...aminn...

makan malam bersama keluarga di Prime City Hotel, Kluang.
dari kiri atas: ayah, mama, faeeqah(adik)
dari kiri bawah: fareeha(adik), alya(sepupu), farzana(adik).
p/s: jelesnya tengok member yang rumah diorang dekat dengan kolej, tiap-tiap minggu dapat balik..hehe...

1 comment:

  1. Oihh.
    Cost Accounting la bukan FinaSIAL.
    :D :D
    P/S tu aku terasa okehh!
    :D :D

    ReplyDelete