Saturday, September 26, 2009

selamat hari braya.. ehh..raya ke???

erm... terlebih dahulu sebelum terlambat ingin aku ucapkan selamat hari raya buat semua umat islam yang menyambut hari raya aidilfitri tak kira dimana sahaja anda berada... sepuluh jari ku susun memohon maaf atas segala salah dan silap yang telah aku lakukan...


raya tahun ni aku raya raya yang paling tak bermakna dalam hidup.. erm.. kenapa aku cakap macam tu?? entah la... raya aku tahun ni penuh dengan dugaan.. tapi alhamdudlilah aku masih sambut raya dengan suasana yang sederhana.


pertama sekali, raya tahun ni buat julung kalinya aku beraya tanpa ayah bersama di pagi raya.. ayah aku ada urusan kerja di luar negara jadi dia tak dapat pulang ke malaysia untuk sambut raya bersama keluarga.. memang aku rasa sedih sangat... pagi raya aku cuma dapat minta maaf dengan ayah menerusi video call je.. sebelum ni aku tak pernah menitiskan air mata kalau minta maaf dengan ayah di pagi raya.. tapi kali ni aku tak dapat nak tahan lagi dah.. malu gak siott. jatuh gak air mata aku ni masa minta maaf dengan ayah mengenangkan ayah tak berada disisi... haha... nak buat macam mana.. semua orang mesti ada rasa sedih.. kalau tak, tak ada perasaan lah namanya tu... apapun aku terima dugaan ini beraya tanpa ayah disisi di pagi raya aidilfitri... aku faham ini lah pengorbana seorang ayah mencari rezeki buat kita orang sekeluarga walaupun tak dapat nak sambau raya bersama... ayah pun mesti rasa sedih beraya diperantauan seorang... nak buat macam mana... dah nama pun nak cari makan.. karang tak kerja tak makan pula...

raya tahun ni aku tak beraya kemana pun.. selalunya kalau ayah ada...kita orang dengan pakcik2 ramai2 beraya rumah2 kat kampung... tapi ayah tak ada mood raya tu pun macam kurang sikit.. selalu ayah je lah yang semangat ajak semua pergi beraya.. setahun sekali nak kenal sedara katanya... erm...

pagi raya pula.. satu keluarga dikejutkan dengan berita pakcik aku yang seorang ni tak balik kerumah sejak dari sebelum buka puasa... hai.. ada2 je lah yang buat hal... semua risau khuatir pakcik aku tu terbabas kereta ke, excident ke apa ke.. ada handphine tapi tak bawa.. duduk kawasan pendalamam pula.. kawasan rumah banyak cerun gaung... tu yang kita orang risau dia memandu terbabas masuk gaung.. jadi pagi raya tu ramai2 la kita orang semua keluar mencari... pagi raya dah jadi huru-hara pergi mencari pakcik aku yang hilang tu.. lama kelamaan mood raya tu memang dah tak ada langsung! daripada aku seronok nak beraya terus tak ada mood dah! jadi pagi raya memang tak berayalah kita orang semua... akhirnya kita orang jumpa juga pakcik aku yang hilang tu... rupa-rupanya dia menyembunyi kan diri kerana ada masalah selisih faham dengan anak dia... apa masalah entah la malas aku nak masuk campur tangan hal keluarga orang lain... janji dia semalat sudah la...

tak cukup dengan tu.. hari raya kedua pula kita orang dapat berita kakak sedara aku yang beru pulang dari kampung menuju ke rumahnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.. hai.. satu-satu musibah menimpa... alhamdulilah tak cedera apa2.. cuma kereta ja lah yang rosak teruk.. kerata tak palah.. boleh di baiki. yang penting nyawa selamat...
hai... ya allah.. aku terima dugaan beraya tahun ini... walaupun raya tahun ini tak meriah tapi aku yakin pasti ada hikmah disebaliknya.. semua peristiwa ini memang menberi aku pengajaran yang amat besar dalam hidup... aku dapt rasakan bagaimana rasanya bila orang yang kita sayangi tidak bersama disisi dipagi hari raya... aku juga belajar nertapa kita perlu berhati-hati dijalan raya dan tak tergopoh-gapah ketika memandu.. apapun.. aku bersyukur dengan pengajaran yang allah s.w.t berikan buat diriku.. mudah-mudahan keluarga ku sentiasa terpelihara disisi tuhan yang maha esa... insyallah...



selamat hari raya.. maaf zahir batin.. tulus ikhlas dari hati ke hati...

Monday, September 7, 2009

Aargh! pressure on me!

sepatutnya hari khamis tu aku ada perjumpaan dengan abang z****** dan f***** untuk aktiviti di asrama.. buat perjumpaan pukul 6 petang dan ada sesi bergambar pukul 10.30… aku dah la nak buka puasa dengan classmate, malam nak balik lagi… macam mana nak attend perjumpaan???

aargh...!! tertekan aku fikir nak pergi mana satu dulu... aku memang tertekan sangat-sangat.. sampaikan aku terduduk dalam kereta dan terkedu seorang diri.. lama jugalah aku termenung seorang diri dalam tu..bayangkan... aku habis kelas 3.30... lepas tu petang ni nak kena hantar assignment MGT (buat pun tak lagi sebenarnya...)... kereta aku yang meragam hari tu nak kena hantar balik bengkel tukar barang sikit lepas siap assignment..lepas tu ayah aku call dia cakap nak datang jumpa aku pukul 5.30 nak tengok kereta yang rosak tu...pukul 6.00 pula abang z****** nak buat meeting.. pukul 6.45 nak pergi berbuka dengan classmate aku.. pukul 9.30 malam nak balik johor saing dengan ayah aku sekali.. tiba-tiba abang z****** cakap pukul 10.30 malam dia nak buat sesi bergambar???

sebelum kelas sebenarnya aku dah siap planning... 1)lepas habis kelas nak pergi bengkel kereta.. 2)buat assignment MGT dengan daus... siap terus hantar pergi fax 3)jumpa ayah pukul 5.30... 4)buka puasa dengan classmate pukul 6.45.. 5)balik johor pukul 9.30 dengan ayah sekali... tapi bila f***** mesej aku cakap abang z****** nak jumpa pukul 6.00 dan ada sesi bergambar pukul 10.30.. aku dah terdiam sekejap... dalam hati aku cakap... WHAT THE F**K MEN!!! takkan la aku nak terkejar-kejar dari satu tempat ke tempt lain?? minyak kereta aku tu tak fikir pula?? aku ni dah le puasa nak buka lagi.. sempat ke??

aku cakap f***** aku tak dapat datang.. tapi lepas tu abang z****** call aku guna handphone f*****.. aku dah tak tau nak cakap apa dah time tu.. memang seboleh-bolehnya aku nak join classmate aku buka puasa and balik johor pukul 9.30.. tapi semua clash dengan waktu meeting dengan abang z****** tu.. adoiyai...

aku pun tak faham entah apa la yang abang tu sibuk buat meeting sangat.. dari awal sem asyik meeting memanjang..program tak jalan juga.. asyik tukar jadual je... aku naik feedup pun ada... kejap kata nak buat lain.. nanti kejap kata lain.. benda yang lama tak settle lagi dah nak buat benda baru.. bajet untuk program tak ada...lepas tu meeting tak sudah.. aku ni pun ikut je la.. attend meeting macam tunggul.. sepatah haram pun tak cakap.. aku malas nak buka mulut... karang tak tau la kalau aku dah hilang sabar kan... memang aku hentam abis-abisan...(sabar fahimy...sabar...)

lastly aku tak attent pun meeting tu.. baik pukul 6 dengan sesi bergambar pukul 10.30.. dua-dua aku tak datang.. lantaklah apa abang tu nak cakap.. nak pecat aku dari jawatan pun tak apa aku tak kesah.. lagi aku suka tak payah nak pikul beban... bukan aku hadap sangat dengan jawatan tu.. bukan aku yang nak join pun sketariat tu.. dia orang yang select aku sebab dah tak ada orang sangat.. lagi satu pasal sesi bergambar... hari tu dah pergi ambil gambar sekali untuk buat carta organisasi.. harga rm8.00 untuk gambar kena pakai duit sendiri... ok fine aku keluar duit sendiri.. tapi lepas tu gambar dah siap tiba-tiba abang z****** cakap kena ambil gambar lagi sekali sebab gambar budak perempuan guna baju warna lain so there all nak seragamkan.. kena ambil balik tapi kali ni rm13.00 pula... kenapa charge lebih aku pun tak tau lah... HEIII.. come on-lah.. ingat aku ni cop duit?? nak tabur duit untuk organisasi je ke? macam lah ni organisasi NGO besar macam company koperat nak kena baju seragam semua SEMATA-MATA nak buat carta organisasi???... kepala b*t*h dia!! (kan dah aku mencarut...astaga bulan puasa ni...)... aargh.. dah le kena keluar duit sendiri.. nak banyak bunyi pula...

sekarang aku tengah pening apa la keputusannya.. perlu ambil gambar ke tak??? erm..lantak lah... kalau dia suruh juga ambil je la... malas nak banyak bunyi... nanti kata aku cari gaduh pula... semua ni salah siapa??? aku tak tau nak kata apa.. tapi kalau aku tak libatkan diri dengan 'dia' (f*****) dari awal dulu mesti aku tak payah pening kepala nak fikir semua benda bodoh ni...
lebih baik aku duduk rumah diam-diam enjoy sendiri.. lagi seronok!

(abang z****** & f***** nama terpaksa dirahsiakan.. takut-takut dia orang pun baca blog ni teruk aku kena hentam nanti... kepada yang kenal tu faham-faham je la siapa yang aku maksudkan kedua insan 'istimewa' di atas ni...)

minggu yang memenatkan


Sepanjang minggu ni aku rasa sungguh penat sangat… tak tau lah kenapa… aku rasa macam terkejar-kejar sangat… mungkin bulan puasa ni banyak mengajar kita erti bersabar dan menguji keimaman kita semua…

Actually minggu ni aku bercadang taknak balik rumah… aku ingat nak pergi shopping dekat downtown dengan member aku… tapi rupa-rupanya isnin next week cuti nuzul al-quran.. that’s mean aku cuti 3 hari.. duduk KL lama-lama pun expenses banyak.. member aku pun tak jadi balik KL.. jadi aku buat keputusan untuk balik johor hari khamis malam saing ayah aku sekali memangdangkan dia pun ada kerja di KL and dia drive kereta… so tak payah la aku keluar duit untuk tambang bas lagi.. jimat, jimat.. huhu…

Sepanjang minggu banyak betul duagaan yang aku lalui… dalam pada menahan lapar puasa ni.. aku gagahkan juga diri melalui semuanya… entah macam mana.. tak semena-mena kereta satria aku JEC tu buat hal pula minggu lepas.. carburettor bocur la pula… nasib baik aku perasan bila tengok meter temperature kat dashboard tu dah naik tinggi… terus cepat-cepat aku matikan enjin dan call ayah…bayangkan time aku buka tangki air dah kering-kontang tak ada setitik air pun! nyaiya betul… kalau aku tak perasan time tu.. memang enjin aku terbakar la jawapnya… so ayah pun call la suruh mekenik repair… alhamdullih seharian mekenik tu repair elok gak akhirnya… tapi yang kesiannya ayah aku la… tak pasal-pasal duit dia melayang rm300 lebih repair kerata aku punya pasal… tapi yang penting kerata ok dan aku puas hati…

kedua.. siapkan assignment MGT aku… lecturer suruh hamtar guna fax before hari jumaat.. aku dengan tajuk assignment pun tak tahu.. nak suruh buat jauh lah lagi… nasib baik la team member aku ferdaus and zaid tu ok… everything is settle by daus dan tugas aku pergi fax assignment tu… hopefully sampai dengan selamat kat meja lecturer tu sebab tu first time aku guna mesin fax.. entah sampai ke tidak..
waullahhul-alam…

ketiga.. the day before aku pulang ke rumah (hari khamis malam..jumaat dah tak ada kelas).. classmate aku ada buat jamuan berbuka puasa bersama-sama kat McD… aku sebenarnya tak tau nak buat keputusan sama ada nak join they all berbuka puasa atau tak… bila aku tanya daus and zaid.. dia orang taknak join.. fikri pula dah cabut balik rumah… so tinggal la aku sorang… takkan aku sorang lelaki dan dia orang sume perempuan??? Hurm… lepas tu yana mesej aku tanya jadi join dia orang tak… aku buntu.. yana kata slumber je la aku seorang lelaki… aku pun tak kesah la… dengan slumber muka sadin aku pun join je la budak-budak permpuan tu berbuka bersama… bukan selalu pun… lagipun yana beriya-iya ajak.. setahun sekali katanya…
sudahnya aku ok je lah… apapun.. memang besh layan dia orang semua ni.. hik3...



me and my classmate...

farah, aku and yana.. takda kerja ambil gambar time cuci tangan.. huhu...









merdeka yang tak berapa merdeka...

Anyway, hari isnin tu aku cuti merdeka.. macam biasalah satu Malaysia cuti… merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Tapi aku rasa merdeka tahun ni tak meriah macam tahun2 sebelum ni.. tak tau lah kenapa.. mungkin semua orang still in the mode of fasting kot… jadi semua malas nak keluar rumah..

Time lepas buka puasa 2.. aku rasa boring sangat.. so ajak la family aku keluar merdeka.. motif kita orang keluar bukan nak pergi celebrate merdeka pun.. aku ajak ayah aku pergi shopping baju raya.. haha.. lagipun aku rasa.. merdeka 2 boleh sambut dekat rumah.. jalan punya jalan..shopping punya shopping… sedar-sedar dah pukul 11 lebih dekat pukul 12… kita orang kat Bandar lagi time 2.. jadi alang-alang dah dekat pukul 12.. nak balik rumah pun malas.. so mama pun ajak la round2 dekat dataran kluang tu… pergh… jalan punyalah jem… nak keluar dari kereta pun rasa macam malas sebab terlalu crowded sangat.. lagipun tengah2 musim H1N1 ni tak elok sanagt pergi ke tempat-tempat awan.. so ayah pun paking la kereta tepi jalan.. kita orang pun duduk la dalam kerata buka sunroof dan tunggu detik-detik pukul 12…

Suasana merdeka memang hambar.. tak meriah langsung… time countdown pukul 12.. semua orang semangat menjerit… dan pastu merdeka!!! Laungan 3 kali… bayangkan.. merdeka bunga api pun tak ada.. lagu negaraku pun aku tak dengar… DJ pasang lagu pun tak ada…aku rasa kerajaan tengah bajet kot… taknak membazir duit rakyat buat sambutan besar-besaran... tapi at lease pasang la lagu buru la macam meriah sikit… ini semua orang terpekik terlolong dan terpinga-pinga bila dah pukul 12… bukan nak nyanyi negaraku@jalur gemilang…tak ada semangat patriotik langsung…

Lastly.. aku pun balik la rumah.. buka TV tengok rancangan nyanyaian Datuk Siti kat channel astro SITI… itu la sambutan merdeka aku tahun ni.. huhu…


on behalf of malaysian, i wishing that Selamat Menyambut Kemerdekaan too all malaysian...
sama-samalah kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih berkesempatan menyambut kemerdekaan buat kali yang ke-52 dalam negara yang aman dan makmur...alhamdulillah syukur...

Saturday, September 5, 2009

ramadhan tiba lagi..


lama sangat dah rasanya tak buka blog ni... erm.. sedar-sedar je ramadhan dah pun tiba lagi... suasana raya tahun lepas macam baru je semalam berlalu.. tapi rupa-rupanya kita bakal menyambut syawal tak lama lagi..


kebelakangan ni aku memang agak busy sikit.. sampaikan tak ada masa nak rehat. pejam celik dah bulan september.. sedar-sedar dah nak sambut aidilfitri tak lama lagi. sempena bulan yang penuh keberkatan ini, perbanyakkanlah muhasabah diri.. perbaikilah apa yang kurang... banyak-banyakkanlah buat amal.. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..(seperti tagline melodi..haha..)..

khas buat semua muslimin dan muslimat..

selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan...