Monday, September 7, 2009

Aargh! pressure on me!

sepatutnya hari khamis tu aku ada perjumpaan dengan abang z****** dan f***** untuk aktiviti di asrama.. buat perjumpaan pukul 6 petang dan ada sesi bergambar pukul 10.30… aku dah la nak buka puasa dengan classmate, malam nak balik lagi… macam mana nak attend perjumpaan???

aargh...!! tertekan aku fikir nak pergi mana satu dulu... aku memang tertekan sangat-sangat.. sampaikan aku terduduk dalam kereta dan terkedu seorang diri.. lama jugalah aku termenung seorang diri dalam tu..bayangkan... aku habis kelas 3.30... lepas tu petang ni nak kena hantar assignment MGT (buat pun tak lagi sebenarnya...)... kereta aku yang meragam hari tu nak kena hantar balik bengkel tukar barang sikit lepas siap assignment..lepas tu ayah aku call dia cakap nak datang jumpa aku pukul 5.30 nak tengok kereta yang rosak tu...pukul 6.00 pula abang z****** nak buat meeting.. pukul 6.45 nak pergi berbuka dengan classmate aku.. pukul 9.30 malam nak balik johor saing dengan ayah aku sekali.. tiba-tiba abang z****** cakap pukul 10.30 malam dia nak buat sesi bergambar???

sebelum kelas sebenarnya aku dah siap planning... 1)lepas habis kelas nak pergi bengkel kereta.. 2)buat assignment MGT dengan daus... siap terus hantar pergi fax 3)jumpa ayah pukul 5.30... 4)buka puasa dengan classmate pukul 6.45.. 5)balik johor pukul 9.30 dengan ayah sekali... tapi bila f***** mesej aku cakap abang z****** nak jumpa pukul 6.00 dan ada sesi bergambar pukul 10.30.. aku dah terdiam sekejap... dalam hati aku cakap... WHAT THE F**K MEN!!! takkan la aku nak terkejar-kejar dari satu tempat ke tempt lain?? minyak kereta aku tu tak fikir pula?? aku ni dah le puasa nak buka lagi.. sempat ke??

aku cakap f***** aku tak dapat datang.. tapi lepas tu abang z****** call aku guna handphone f*****.. aku dah tak tau nak cakap apa dah time tu.. memang seboleh-bolehnya aku nak join classmate aku buka puasa and balik johor pukul 9.30.. tapi semua clash dengan waktu meeting dengan abang z****** tu.. adoiyai...

aku pun tak faham entah apa la yang abang tu sibuk buat meeting sangat.. dari awal sem asyik meeting memanjang..program tak jalan juga.. asyik tukar jadual je... aku naik feedup pun ada... kejap kata nak buat lain.. nanti kejap kata lain.. benda yang lama tak settle lagi dah nak buat benda baru.. bajet untuk program tak ada...lepas tu meeting tak sudah.. aku ni pun ikut je la.. attend meeting macam tunggul.. sepatah haram pun tak cakap.. aku malas nak buka mulut... karang tak tau la kalau aku dah hilang sabar kan... memang aku hentam abis-abisan...(sabar fahimy...sabar...)

lastly aku tak attent pun meeting tu.. baik pukul 6 dengan sesi bergambar pukul 10.30.. dua-dua aku tak datang.. lantaklah apa abang tu nak cakap.. nak pecat aku dari jawatan pun tak apa aku tak kesah.. lagi aku suka tak payah nak pikul beban... bukan aku hadap sangat dengan jawatan tu.. bukan aku yang nak join pun sketariat tu.. dia orang yang select aku sebab dah tak ada orang sangat.. lagi satu pasal sesi bergambar... hari tu dah pergi ambil gambar sekali untuk buat carta organisasi.. harga rm8.00 untuk gambar kena pakai duit sendiri... ok fine aku keluar duit sendiri.. tapi lepas tu gambar dah siap tiba-tiba abang z****** cakap kena ambil gambar lagi sekali sebab gambar budak perempuan guna baju warna lain so there all nak seragamkan.. kena ambil balik tapi kali ni rm13.00 pula... kenapa charge lebih aku pun tak tau lah... HEIII.. come on-lah.. ingat aku ni cop duit?? nak tabur duit untuk organisasi je ke? macam lah ni organisasi NGO besar macam company koperat nak kena baju seragam semua SEMATA-MATA nak buat carta organisasi???... kepala b*t*h dia!! (kan dah aku mencarut...astaga bulan puasa ni...)... aargh.. dah le kena keluar duit sendiri.. nak banyak bunyi pula...

sekarang aku tengah pening apa la keputusannya.. perlu ambil gambar ke tak??? erm..lantak lah... kalau dia suruh juga ambil je la... malas nak banyak bunyi... nanti kata aku cari gaduh pula... semua ni salah siapa??? aku tak tau nak kata apa.. tapi kalau aku tak libatkan diri dengan 'dia' (f*****) dari awal dulu mesti aku tak payah pening kepala nak fikir semua benda bodoh ni...
lebih baik aku duduk rumah diam-diam enjoy sendiri.. lagi seronok!

(abang z****** & f***** nama terpaksa dirahsiakan.. takut-takut dia orang pun baca blog ni teruk aku kena hentam nanti... kepada yang kenal tu faham-faham je la siapa yang aku maksudkan kedua insan 'istimewa' di atas ni...)

No comments:

Post a Comment