Saturday, September 26, 2009

selamat hari braya.. ehh..raya ke???

erm... terlebih dahulu sebelum terlambat ingin aku ucapkan selamat hari raya buat semua umat islam yang menyambut hari raya aidilfitri tak kira dimana sahaja anda berada... sepuluh jari ku susun memohon maaf atas segala salah dan silap yang telah aku lakukan...


raya tahun ni aku raya raya yang paling tak bermakna dalam hidup.. erm.. kenapa aku cakap macam tu?? entah la... raya aku tahun ni penuh dengan dugaan.. tapi alhamdudlilah aku masih sambut raya dengan suasana yang sederhana.


pertama sekali, raya tahun ni buat julung kalinya aku beraya tanpa ayah bersama di pagi raya.. ayah aku ada urusan kerja di luar negara jadi dia tak dapat pulang ke malaysia untuk sambut raya bersama keluarga.. memang aku rasa sedih sangat... pagi raya aku cuma dapat minta maaf dengan ayah menerusi video call je.. sebelum ni aku tak pernah menitiskan air mata kalau minta maaf dengan ayah di pagi raya.. tapi kali ni aku tak dapat nak tahan lagi dah.. malu gak siott. jatuh gak air mata aku ni masa minta maaf dengan ayah mengenangkan ayah tak berada disisi... haha... nak buat macam mana.. semua orang mesti ada rasa sedih.. kalau tak, tak ada perasaan lah namanya tu... apapun aku terima dugaan ini beraya tanpa ayah disisi di pagi raya aidilfitri... aku faham ini lah pengorbana seorang ayah mencari rezeki buat kita orang sekeluarga walaupun tak dapat nak sambau raya bersama... ayah pun mesti rasa sedih beraya diperantauan seorang... nak buat macam mana... dah nama pun nak cari makan.. karang tak kerja tak makan pula...

raya tahun ni aku tak beraya kemana pun.. selalunya kalau ayah ada...kita orang dengan pakcik2 ramai2 beraya rumah2 kat kampung... tapi ayah tak ada mood raya tu pun macam kurang sikit.. selalu ayah je lah yang semangat ajak semua pergi beraya.. setahun sekali nak kenal sedara katanya... erm...

pagi raya pula.. satu keluarga dikejutkan dengan berita pakcik aku yang seorang ni tak balik kerumah sejak dari sebelum buka puasa... hai.. ada2 je lah yang buat hal... semua risau khuatir pakcik aku tu terbabas kereta ke, excident ke apa ke.. ada handphine tapi tak bawa.. duduk kawasan pendalamam pula.. kawasan rumah banyak cerun gaung... tu yang kita orang risau dia memandu terbabas masuk gaung.. jadi pagi raya tu ramai2 la kita orang semua keluar mencari... pagi raya dah jadi huru-hara pergi mencari pakcik aku yang hilang tu.. lama kelamaan mood raya tu memang dah tak ada langsung! daripada aku seronok nak beraya terus tak ada mood dah! jadi pagi raya memang tak berayalah kita orang semua... akhirnya kita orang jumpa juga pakcik aku yang hilang tu... rupa-rupanya dia menyembunyi kan diri kerana ada masalah selisih faham dengan anak dia... apa masalah entah la malas aku nak masuk campur tangan hal keluarga orang lain... janji dia semalat sudah la...

tak cukup dengan tu.. hari raya kedua pula kita orang dapat berita kakak sedara aku yang beru pulang dari kampung menuju ke rumahnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.. hai.. satu-satu musibah menimpa... alhamdulilah tak cedera apa2.. cuma kereta ja lah yang rosak teruk.. kerata tak palah.. boleh di baiki. yang penting nyawa selamat...
hai... ya allah.. aku terima dugaan beraya tahun ini... walaupun raya tahun ini tak meriah tapi aku yakin pasti ada hikmah disebaliknya.. semua peristiwa ini memang menberi aku pengajaran yang amat besar dalam hidup... aku dapt rasakan bagaimana rasanya bila orang yang kita sayangi tidak bersama disisi dipagi hari raya... aku juga belajar nertapa kita perlu berhati-hati dijalan raya dan tak tergopoh-gapah ketika memandu.. apapun.. aku bersyukur dengan pengajaran yang allah s.w.t berikan buat diriku.. mudah-mudahan keluarga ku sentiasa terpelihara disisi tuhan yang maha esa... insyallah...



selamat hari raya.. maaf zahir batin.. tulus ikhlas dari hati ke hati...

No comments:

Post a Comment