Wednesday, April 15, 2009

kenapa aku dianyiai???

sungguh aku rasa macam tak percaya! aku dianyia oleh manusia yang sungguh durjana dan tidak berhati perut langsung!


semalam adalah hari yang paling malang dalam hidup aku. aku tak sangka, bagaikan satu mimpi ngeri buat aku bila bilik aku di hostel di pecah masuk, laptop kesayangan aku pula hilang lesap macam tu ja!! semua ni macam mimpi tapi ini satu kenyataan yang harus aku terima. laptop yang mama aku belikan model acer 4935G-842G32 hilang lesap.

aku sedar bilik aku dimasuki orang bila aku pulang ke hostel selepas menghadiri seminar di kolej. aku terkejut apabila pulang melihat keadaan bilik aku bersepah dan tunggang-langgang sementara loker aku dan roomet aku yang seorang lagi dipecah orang. aku terus call roomet aku dan mama serta ayah aku sejurus lepas menyadari laptop aku hilang. roomet aku yang lain semua pulang ke rumah masing-masing memandangkan cuti study week. yang tinggal cumalah aku dan loqman dalam bilik tu.

sejurus lepas aku melaporkan kejadian tersebut kepada wardan bertugas, mereka menasihati aku supaya membuat repot polis. alhamdulilllah segalanya berjalan lancar. polis mengambil keterangan dan mereka datang kebilik aku untuk mengambil gambar serta mengesan cap jari.

aku tak tahu lah apa dosa aku buat sehingga tuhan uji aku sebegini. apapun, aku tetap percaya pada qada' dan qadar, setiap kejadian dan ujian allah swt itu pasti ada hikmahnya. kita manusia haruslah sentiasa percaya dan terima ketuntuanNYA. mungkin aku ada buat dosa yang mungkin aku sendiri pun tidak perasan. mungkin juga itu balasan tuhan terhadap aku.. entahlah...

pada mama dan ayah, aku minta maaf sangat-sangat atas kehilangan laptop tersebut. memang aku berat hati dengan kehilangan laptop tersebut. bukan aku tidak sayang atau tidak jaga barang, tapi semua ini adalah ketentuan allah swt. mujurlah aku mempunyai ayah dan mama yang amat memahami. sememangnya aku sangat sedih, kesal dan marah dengan kehilangan laptop pemberian mereka, tapi mereka tidak memarahi aku malah mereka menasihati aku supaya terima ketentuaan tuhan dengan hati yang terbuka. mungkin ada hikmah disebaliknya. ayah mengajar aku supaya jangan berdendam. kata ayah, benda dah nak jadi, reda' je la... ayat bunyi macam orang langsung tak ada perasaan!

kepada pencuri, YOU WATCH OUT! kau mungkin terlepas denagn hukuman dunia. tapi di akhirat nanti aku akan tuntut apa yang kau ambil. kau kena ingat dengan hukum karma, what's goes around, comes around. hari ini kau ambil barang aku, aku doa supaya esok lusa anak bini kau pula yang dibunuh orang serta hidup kau akan dilaknat dan susah seumur hidup. itu doa aku! aku tak terdaya untuk membalas perbuatan kau tapi tuhan maha adil. aku tak akan halalkan perbuatan kau sesekali pun.

aku terima semua ini sebagai ketentuan Allah swt dengan hati yang penuh terbuka. mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya. insya'allah...

p/s : di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf buat roomet aku, loqman yang bersusah payah temankan aku buat repot di pejabat wardan. buat sahabat aku, tengku farhan dan abang wardan, sorry sebab korang terpaksa susah payah hantar dan temankan aku ke balai polis kajang untuk buat laporan. apapun, jasa korang akan ku kenang. allah sahaja yang dapat membalasnya. Amin!

2 comments:

  1. It's not a big deal.
    Hari ini hari kau susah, aku tolong.
    Esok lusa aku susah, kau tolong pula.
    :D :D

    ReplyDelete